Monday, February 28, 2011
MENURUNKAN BERAT BADAN DAN KOLESTEROL CARA MUDAH
MUKADIMAH
Masalah berat badan jadi satu masalah besar bagi sebahagian besar penduduk Malaysia hari ini. Kenaikan taraf hidup diiringi dengan kenaikan berat badan. Lawak, MAKIN TINGGI TARAF HIDUP, MAKIN BERTAMBAH BERAT BADAN. Di Kemboja, masalah utama ialah macam mana nak menambah zat dan berat badan. Di Malaysia pula masalah utama ialah macam mana nak mengurangkan berlebihan zat dan berat badan.
Pertambahan berat badan dan kenaikan paras kolesterol dalam badan mengundang pelbagai jenis penyakit. Penyakit yang biasa terjadi akibat kenaikan berat badan dan kolesterol ialah penyakit jantung dan kencing manis. Penyakit jantung jadi pembunuh nombor 1 di Malaysia dan kencing manis jadi pembunuh tiga 3 selepas kanser.
Benarkah tidak ada jalan mudah untuk mengurang berat badan? Bagi setengah orang jawapannya ia. Bagi setengah yang lain pula, tidak. Sebenarnya berjaya atau tidak seseorang itu mengurang berat badannya bergantung kepada kemahuannya sendiri. Setakat mana kemahuan mereka. Kebanyakkan orang tidak mempunyai kemahuan yang tinggi untuk mengurangi berat badan mereka. Keinginan mengurangi berat badan hanya sekadar cakap lawak di mulut saja semasa asyik makan mee goreng mamak bersama kawan-kawan yang segedempol di restoran. Tidak lebih dari itu.
Ramai orang terutamanya wanita berusaha untuk mengurangkan berat badan. Berbagai kaedah digunakan untuk mencapai tujuan tersebut. Ada yang berjaya 100 peratus. Ada yang berjaya hanya 50 peratus dan ada yang gagal 100 peratus. Kaedah yang saya paparkan ini boleh digunakan oleh semua orang untuk mengurangi berat badan dan paras kolesterol. Keberkesanannya biasanya boleh dilihat dalam masa sebulan saja dengan syarat ianya perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Bukan sambil lewa atau sekerat jalan. Namun begitu, tidak ada jaminan bahawa kaedah yang saya paparkan ini akan memberi kesan positif kepada semua orang. Bagi yang berjaya, TAHNIAH. Bagi yang tak berjaya, TAKZIAH dan harap diampun dengan beribu maaf.
KAEDAH
A. ELAKKAN MAKAN MAKANAN BERIKUT - Mee goreng, kuew teow, roti canai, nasi lemak dan makanan yang seumpama dengannya. Makanan yang disebut di atas ialah makanan yang kerap dan cepat menaikkan berat badan dan menambah paras kolesterol dalam badan anda. Jangan bermimpi berat badan anda akan turun selagi anda tidak berhenti memakan makanan-makanan ini setiap hari terutamanya pada waktu pagi dan waktu malam ketika anda hampir hendak tidur. Kalau tidak boleh mengawal keadaan, cuba sedaya-upaya untuk mengurangkan pengambilan makanan-makanan tersebut seminima mungkin. Mee goreng umpamanya, hanya ambil seurat dua atau hanya satu sudu, sekadar menghilang rindu. Roti canai, hanya ambil bau semasa mamak sedang memasak di atas api dan nasi lemak, beri alasan pada diri anda sendiri ana ada gastrik, tak boleh makan makanan bercili . Boleh anda lakukan? Jika anda kata boleh, maka anda sudah melangkah setapak menuju ke arah syurga bentuk badan slim dan menarik seperti yang anda idamkan selama ini. Dalam kes makanan ini, ia juga melibatkan burger, ayam dan ayam goreng kentucky. Tetapi kek, (terutamanya segala jenis kek yang dibuat oleh isteri saya yang saya sendiri tak terucap dengan kata-kata bila memakannya) oleh kerana ia bukannya dimakan setiap hari oleh kita semua maka ia terkeluar dari senarai makanan yang perlu dielakkan. Heh,heh, heh.........
B. CATUAN MAKANAN - Sesiapa saja boleh menurunkan berat badan jika mereka sanggup membuat catuan makanan kepada diri mereka sendiri. Jangan mengharapkan orang lain untuk membuat catuan makanan pada anda. Perkara itu tidak akan berlaku. Ramai yang gagal menurunkan berat badan kerana tidak sanggup membuat catuan makanan ke atas diri sendiri. Cara membuat catuan seperti berikut;
1. Makan nasi sekali sehari iaitu pada waktu tengah hari. Waktu pagi dan malam, makan makanan yang tidak mengemukkan tetapi boleh memberi tenaga yang lama disamping membuang lemak dan kolesterol dari badan anda iaitu oat.
2. Nasi yang dimakan hendaklah dalam separuh pinggan saja. Separuh lagi hendaklah diisi dengan segala macam sayur-sayuran. Jika nasi diisi hanya satu pertiga pinggan dan sayur dua pertiga, itu lebih baik.
3. Jangan menambah nasi yang dimakan. Tak kira sebagaimana sedap sekalipun lauk pauknya. Jika anda tak dapat mengawal keinginan, bolehlah meratah lauk saja. Jangan tambah nasi.
4. Minum air setengah jam sebelum makan nasi. Ini akan membantu anda mengawal pengambilan nasi dan membuat anda mudah terasa kenyang.
5. Amalan sunnah Nabi S.A.W iaitu makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang mesti anda amalkan. Amalan ini yang menjadikan perut Nabi Junjungan leper dan tidak melebihi ketinggian dadanya. Amalan ini mesti diamalkan setiap masa untuk seumur hidup bukan secara berkala jika mahu berat badan dan paras kolesterol turun ke paras yang ideal untuk anda.
C. BERPUASA SUNAT- Amalkan amalan sunah iaitu berpuasa pada hari isnin dan khamis setiap minggu. Jika anda larat dan mampu adalah lebih lebih baik lagi anda berpuasa selang sehari seperti Nabi Daud A.S. Puasa sunat yang diamalkan bersama pantang larang dan kaedah-kaedah lain mengurang berat badan yang saya paparkan dalam blog ini insyaAllah dapat mengurangkan berat badan anda dengan lebih cepat dari apa yang anda sangka selama ini. Bila anda berpuasa, pahala dapat kesihatanpun dapat. Akhirat dapat, duniapun dapat. Adalah bijak untuk anda melakukan dua perkara dalam satu masa. Persoalannya adakah anda sanggup berpuasa? Jika anda sanggup, maknanya anda berada tidak begitu jauh dari syurga slim yang anda idamkan. Hanya beberapa langkah saja lagi untuk anda memasukinya. ANDA KENA BERANI MENCUBA, BERUSAHA SEDAYA-UPAYA DAN BERSABAR SERTA BERTAWAKAL. Siapa saja yang sanggup berkorban dan bersusah-payah, ia akan mendapat apa yang diidamkannya di dunia ini.. TIDAK ADA JALAN MUDAH SEBENARNYA UNTUK MENCAPAI SESUATU HAJAT DI DUNIA INI. ITULAH LAW DARI TUHAN UNTUK KEHIDUPAN DI DUNIA INI.
D. MAKANAN DAN FOOD SUPPLEMENT YANG PERLU DIAMBIL
1. OAT - Ambil oat untuk sarapan pagi dan pada waktu malam sebagai gantian kepada nasi. Oat boleh dimakan banyak seperti nasi. Lagi banyak anda makan, lagi banyak khasiatnya yang anda dapat. Untuk kesan mendapatkan kesan yang baik, oat perlu diambil sebanyak satu mangkuk penuh pada waktu pagi dan malam. Masukkan sayur-sayuran dan ikan ke dalam oat dan makan seperti anda memakan nasi. Oat yang tinggi dengan serat dapat menarik kolesterol keluar dari badan. Pada masa yang sama ia meneutralkan asid berlebihan dalam badan disamping membekalkan vitamin B Kompleks yang diperlukan oleh badan. Oat membekalkan tenaga tiga kali ganda dari nasi. Bila anda mengambil oat, anda akan merasa bertenaga dan payah untuk merasa letih. Anda juga tidak mudah untuk merasa lapar. Vitamin B dalam oat baik untuk saraf. Mereka yang mengambil oat akan terhindar dari berbagai jenis penyakit saraf yang tidak diingini. Jika anda mengambil oat pada waktu malam, anda akan merasa bertenaga dan segar bila bangun pada waktu pagi. Jika anda mengambil oat dalam kuantiti yang telah dinyatakan tadi setiap hari, dan anda mengelak dari mengambil makanan yang perlu dielakkan oleh anda seperti yang telah disebutkan di atas, berat badan dan paras kolesterol anda boleh turun dalam jumlah yang banyak dalam tempoh sebulan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menarik. Cara yang Dr. bagi sangat effective. Terimakasih.
ReplyDeleteI like it. Tq Dr.
ReplyDeleteinfo yang berguna. tqvm
ReplyDeletetqvm.i nk try la.haha
ReplyDeletetqvm.i nk try la.haha
ReplyDeleteKelebihan RCC Stevia Royal Sweetener
ReplyDeleteMengimbangi kandungan gula dalam badan
Menurunkan kadar gula yang terdapat dalam darah (sesuai untuk pesakit diabetes dan hypoglycemia)
Melawaskan pembuangan air kencing
Meningkatkan kadar tenaga dalam tubuh badan
Melicinkan dan memutihkan kulit serta awet muda
Membantu sistem penghadaman makanan
Membantu mereka yang mengalami masalah insomnia
Berupaya mengawal berat badan (untuk mengawal obesiti)
Mengurangkan masalah keradangan
Berminat boleh pm
0178520131
Kelebihan RCC Stevia Royal Sweetener
ReplyDeleteMengimbangi kandungan gula dalam badan
Menurunkan kadar gula yang terdapat dalam darah (sesuai untuk pesakit diabetes dan hypoglycemia)
Melawaskan pembuangan air kencing
Meningkatkan kadar tenaga dalam tubuh badan
Melicinkan dan memutihkan kulit serta awet muda
Membantu sistem penghadaman makanan
Membantu mereka yang mengalami masalah insomnia
Berupaya mengawal berat badan (untuk mengawal obesiti)
Mengurangkan masalah keradangan
Berminat boleh pm
0178520131
Thanks for sharing. Tips yang sangat berguna, yang penting disiplin diri.
ReplyDeleteHow to login into the casino in 2021
ReplyDeleteHere https://vannienailor4166blog.blogspot.com/ is how to do ventureberg.com/ this: Step 1. Go to the website. · Click on the “Login” link on the right-hand side. · Click on the “Login” button to enter a live chat 출장안마 number. · Enter the wooricasinos.info