Monday, February 28, 2011
MENURUNKAN BERAT BADAN DAN KOLESTEROL CARA MUDAH
MUKADIMAH
Masalah berat badan jadi satu masalah besar bagi sebahagian besar penduduk Malaysia hari ini. Kenaikan taraf hidup diiringi dengan kenaikan berat badan. Lawak, MAKIN TINGGI TARAF HIDUP, MAKIN BERTAMBAH BERAT BADAN. Di Kemboja, masalah utama ialah macam mana nak menambah zat dan berat badan. Di Malaysia pula masalah utama ialah macam mana nak mengurangkan berlebihan zat dan berat badan.
Pertambahan berat badan dan kenaikan paras kolesterol dalam badan mengundang pelbagai jenis penyakit. Penyakit yang biasa terjadi akibat kenaikan berat badan dan kolesterol ialah penyakit jantung dan kencing manis. Penyakit jantung jadi pembunuh nombor 1 di Malaysia dan kencing manis jadi pembunuh tiga 3 selepas kanser.
Benarkah tidak ada jalan mudah untuk mengurang berat badan? Bagi setengah orang jawapannya ia. Bagi setengah yang lain pula, tidak. Sebenarnya berjaya atau tidak seseorang itu mengurang berat badannya bergantung kepada kemahuannya sendiri. Setakat mana kemahuan mereka. Kebanyakkan orang tidak mempunyai kemahuan yang tinggi untuk mengurangi berat badan mereka. Keinginan mengurangi berat badan hanya sekadar cakap lawak di mulut saja semasa asyik makan mee goreng mamak bersama kawan-kawan yang segedempol di restoran. Tidak lebih dari itu.
Ramai orang terutamanya wanita berusaha untuk mengurangkan berat badan. Berbagai kaedah digunakan untuk mencapai tujuan tersebut. Ada yang berjaya 100 peratus. Ada yang berjaya hanya 50 peratus dan ada yang gagal 100 peratus. Kaedah yang saya paparkan ini boleh digunakan oleh semua orang untuk mengurangi berat badan dan paras kolesterol. Keberkesanannya biasanya boleh dilihat dalam masa sebulan saja dengan syarat ianya perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Bukan sambil lewa atau sekerat jalan. Namun begitu, tidak ada jaminan bahawa kaedah yang saya paparkan ini akan memberi kesan positif kepada semua orang. Bagi yang berjaya, TAHNIAH. Bagi yang tak berjaya, TAKZIAH dan harap diampun dengan beribu maaf.
KAEDAH
A. ELAKKAN MAKAN MAKANAN BERIKUT - Mee goreng, kuew teow, roti canai, nasi lemak dan makanan yang seumpama dengannya. Makanan yang disebut di atas ialah makanan yang kerap dan cepat menaikkan berat badan dan menambah paras kolesterol dalam badan anda. Jangan bermimpi berat badan anda akan turun selagi anda tidak berhenti memakan makanan-makanan ini setiap hari terutamanya pada waktu pagi dan waktu malam ketika anda hampir hendak tidur. Kalau tidak boleh mengawal keadaan, cuba sedaya-upaya untuk mengurangkan pengambilan makanan-makanan tersebut seminima mungkin. Mee goreng umpamanya, hanya ambil seurat dua atau hanya satu sudu, sekadar menghilang rindu. Roti canai, hanya ambil bau semasa mamak sedang memasak di atas api dan nasi lemak, beri alasan pada diri anda sendiri ana ada gastrik, tak boleh makan makanan bercili . Boleh anda lakukan? Jika anda kata boleh, maka anda sudah melangkah setapak menuju ke arah syurga bentuk badan slim dan menarik seperti yang anda idamkan selama ini. Dalam kes makanan ini, ia juga melibatkan burger, ayam dan ayam goreng kentucky. Tetapi kek, (terutamanya segala jenis kek yang dibuat oleh isteri saya yang saya sendiri tak terucap dengan kata-kata bila memakannya) oleh kerana ia bukannya dimakan setiap hari oleh kita semua maka ia terkeluar dari senarai makanan yang perlu dielakkan. Heh,heh, heh.........
B. CATUAN MAKANAN - Sesiapa saja boleh menurunkan berat badan jika mereka sanggup membuat catuan makanan kepada diri mereka sendiri. Jangan mengharapkan orang lain untuk membuat catuan makanan pada anda. Perkara itu tidak akan berlaku. Ramai yang gagal menurunkan berat badan kerana tidak sanggup membuat catuan makanan ke atas diri sendiri. Cara membuat catuan seperti berikut;
1. Makan nasi sekali sehari iaitu pada waktu tengah hari. Waktu pagi dan malam, makan makanan yang tidak mengemukkan tetapi boleh memberi tenaga yang lama disamping membuang lemak dan kolesterol dari badan anda iaitu oat.
2. Nasi yang dimakan hendaklah dalam separuh pinggan saja. Separuh lagi hendaklah diisi dengan segala macam sayur-sayuran. Jika nasi diisi hanya satu pertiga pinggan dan sayur dua pertiga, itu lebih baik.
3. Jangan menambah nasi yang dimakan. Tak kira sebagaimana sedap sekalipun lauk pauknya. Jika anda tak dapat mengawal keinginan, bolehlah meratah lauk saja. Jangan tambah nasi.
4. Minum air setengah jam sebelum makan nasi. Ini akan membantu anda mengawal pengambilan nasi dan membuat anda mudah terasa kenyang.
5. Amalan sunnah Nabi S.A.W iaitu makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang mesti anda amalkan. Amalan ini yang menjadikan perut Nabi Junjungan leper dan tidak melebihi ketinggian dadanya. Amalan ini mesti diamalkan setiap masa untuk seumur hidup bukan secara berkala jika mahu berat badan dan paras kolesterol turun ke paras yang ideal untuk anda.
C. BERPUASA SUNAT- Amalkan amalan sunah iaitu berpuasa pada hari isnin dan khamis setiap minggu. Jika anda larat dan mampu adalah lebih lebih baik lagi anda berpuasa selang sehari seperti Nabi Daud A.S. Puasa sunat yang diamalkan bersama pantang larang dan kaedah-kaedah lain mengurang berat badan yang saya paparkan dalam blog ini insyaAllah dapat mengurangkan berat badan anda dengan lebih cepat dari apa yang anda sangka selama ini. Bila anda berpuasa, pahala dapat kesihatanpun dapat. Akhirat dapat, duniapun dapat. Adalah bijak untuk anda melakukan dua perkara dalam satu masa. Persoalannya adakah anda sanggup berpuasa? Jika anda sanggup, maknanya anda berada tidak begitu jauh dari syurga slim yang anda idamkan. Hanya beberapa langkah saja lagi untuk anda memasukinya. ANDA KENA BERANI MENCUBA, BERUSAHA SEDAYA-UPAYA DAN BERSABAR SERTA BERTAWAKAL. Siapa saja yang sanggup berkorban dan bersusah-payah, ia akan mendapat apa yang diidamkannya di dunia ini.. TIDAK ADA JALAN MUDAH SEBENARNYA UNTUK MENCAPAI SESUATU HAJAT DI DUNIA INI. ITULAH LAW DARI TUHAN UNTUK KEHIDUPAN DI DUNIA INI.
D. MAKANAN DAN FOOD SUPPLEMENT YANG PERLU DIAMBIL
1. OAT - Ambil oat untuk sarapan pagi dan pada waktu malam sebagai gantian kepada nasi. Oat boleh dimakan banyak seperti nasi. Lagi banyak anda makan, lagi banyak khasiatnya yang anda dapat. Untuk kesan mendapatkan kesan yang baik, oat perlu diambil sebanyak satu mangkuk penuh pada waktu pagi dan malam. Masukkan sayur-sayuran dan ikan ke dalam oat dan makan seperti anda memakan nasi. Oat yang tinggi dengan serat dapat menarik kolesterol keluar dari badan. Pada masa yang sama ia meneutralkan asid berlebihan dalam badan disamping membekalkan vitamin B Kompleks yang diperlukan oleh badan. Oat membekalkan tenaga tiga kali ganda dari nasi. Bila anda mengambil oat, anda akan merasa bertenaga dan payah untuk merasa letih. Anda juga tidak mudah untuk merasa lapar. Vitamin B dalam oat baik untuk saraf. Mereka yang mengambil oat akan terhindar dari berbagai jenis penyakit saraf yang tidak diingini. Jika anda mengambil oat pada waktu malam, anda akan merasa bertenaga dan segar bila bangun pada waktu pagi. Jika anda mengambil oat dalam kuantiti yang telah dinyatakan tadi setiap hari, dan anda mengelak dari mengambil makanan yang perlu dielakkan oleh anda seperti yang telah disebutkan di atas, berat badan dan paras kolesterol anda boleh turun dalam jumlah yang banyak dalam tempoh sebulan.
Friday, February 11, 2011
MIND OPTIMA
APA DIA MIND OPTIMA
Mind Optima ialah makanan tambahan biokimia homeopathy yang drumus khusus mengikut tiori garam tisu biokimia 'Biochemic Tissue Salts' yang diperkenal oleh Dr. William Schussler dari Jerman. Ia berfungsi membekalkan garam-garam tisu penting yang diperlukan oleh sel-sel otak untuk kekal berfungsi dengan sempurna dan meningkatkan kekuatan minda dan kecergasan otak. Ia berguna untuk meningkatkan kepintaran, tumpuan, ingatan, kreativiti, kekuatan menghadapi tekanan dan lain-lain.
FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB KELEMAHAN MINDA DAN OTAK
Terdapat banyak faktor penyebab yang melemahkan minda dan otak manusia. Sebahagiannya berlaku sejak dalam kandungan kerana faktor genetik atau kekurangan zat atau komplikasi semasa bersalin seperti lemas kerana proses bersalin yang lama dan sukar, kejutan traumatik kerana bersalin melalui pembedahan atau forcep, berbelit tali pusat pada leher, lahir tak cukup bulan dan sebagainya. Faktor-faktor lain ialah seperti kekurangan protein, vitamin dan garam galian, mengambil minuman bergas dan makanan berpengawet, dadah, alkohol,ubat-ubatan, terminum racun atau terkena santau, mengidap demam panas terkena kejutan eletrik, ketegangan mental dan emosi, kesedihan, ketakutan, terlampau kuat belajar atau berfikir, kekurangan tidur, kurang senaman fizikal, melakukan masturbasi, mengidap penyakit-penyakit yang menimbulkan toksid dalam badan seperti mendapat sembelit dan gastrik, kecederaan traumatik pada kepala kerana kemalangan, kesan ubat bius, pembedahan otak, serangan angin ahmar dan lain-lain.
BAGAIMANA MIND OPTIMA BERTINDAK
Menurut tiori biokimia Schussler, terdapat sekurang-kuranganya 5 garam tisu bukan organik penting yang perlu wujud seimbang dalam setiap sel otak untuk berfungsi dengan cekap dan sempurna. Lima garam tisu tersebut ialah Kalium phosphate, Calcium phosphate, Ferrum phosphate, Magnesium phosphate dan Natrum phosphate. Berbagai faktor yang dinyatakan dalam perenggan 2 di atas boleh menyebabkan berlakunya gangguan dan pengurangan molikul-molikul garam tisu yang dinyatakan di atas di dalam sel-sel otak. Ini menyebabkan sel-sel otak tidak dapat berfungsi dengan sempurna dan menimbulkan berbagai gejala negatif pada mental manusia. Berbagai gejala negatif yang berlaku akibat pengurangan molikul-molikul garam tisu dalam sel-sel otak manusia ringkasnya seperti di bawah:
KEKURANGAN KALIUM PHOSPHATE -Lemah ingatan, tidak dapat mengingat nama atau perkataan, fikiran kosong dan buntu, idea bercelaru, sentiasa silap bila menulis atau menyebut perkataan, hilang keyakinan diri, penakut, pemalu, gemuruh tanpa sebarang sebab, semua perkara dirasa sebagai payah untuk dilaksanakan, melihat dari sudut negatif terhadap semua perkara.
KEKURANGAN CALCIUM PHOSPHATE-Tidak dapat mengekalkan keupayaan otak untuk berfikir, fikiran mudah letih, mudah merasa cemas, ingatan amat berkurangan, lemah tahap kepintaran atau IQ, kanak-kanak lemah otak, dungu, lembam, amat payah memahami sesuatu, sakit kepala bila banyak berfikir atau belajar atau terkena cahaya matahari.
KEKURANGAN FERRUM PHOSPHATE-Mudah hilang semangat dan harapan, mudah jemu dengan perkara rutin, perkara kecil dilihat sebagai masalah besar, amat lemah dalam berhujah dan mengeluarkan idea-idea, tidak dapat menumpukan fikiran, ingatan mudah lupa, lupa nama, fakta-fakta dan lain-lain.
KEKURANGAN MAGNESIUM PHOSPHATE-Amat sukar untuk berfikir secara lojik dan betul, tidak mahu berfikir, amat malas untuk berfikir, letih badan, mengantuk setiap kali belajar dan fikiran sentiasa tertekan.
KEKURANGAN NATRUM PHOSPHATE-Dungu dan tidak ada cita-cita, amat pelupa, kepenatan mental yang amat sangat, tidak dapat menumpukan fikiran pada sesuatu perkara, malas untuk melakukan sebarang kerja yang menggunakan fikiran, kemurungan dan tidak dapat belajar.
Mind Optima membekalkan semula garam tisu yang berkurangan dalam sel-sel otak dengan cepat. Ia merawat, memulih dan menguatkan semula lebih dari 15 billion sel-sel neuron otak untuk berfungsi dengan cekap dan sempurna. Ia juga merangsang pertumbuhan sel-sel dendrit dan neuron baru yang lebih sihat dan kuat menjadikan otak dapat berfungsi dengan lebih cekap pada tahap maksima. 5 garam tisu yang terdapat dalam Mind Optima berbentuk 'microdose'. Ia amat halus dan cepat meresap masuk ke dalam sel-sel otak tanpa menimbulkan sebarang kesan sampingan. Tindakannya yang pantas dan kuat pada sel-sel otak tanpa menimbulkan sebarang kesan sampingan adalah mengikut hukum biologi seperti yang dinyatakan oleh Arndt Shultz, Karl Koetschau dan Joseph Wilder di bawah hukum tindakan bipasik ubat (The biphasic reaction of medicines) yang menyebut:
'Kuantiti bahan ubat paling sedikit atau infinitismal sentiasa memberi rangsangan positif paling kuat dan berkesan pada biologi'
MASA TINDAKAN DAN REAKSI PERMULAAN
Mind Optima bertindak secara beransur dan konsisten. Kesan tindakannya boleh dilihat dalam tempoh yang singkat dimana keupayaan otak untuk berfungsi seperti yang dinyatakan dalam perenggan 1 angkat meningkat dari semasa ke semasa. Tapi tempoh tindakan dan keberkesananya berbeza antara individu dan bergantung juga kepada sejauh mana faktor-faktor dalam perenggan 2 dapat dielak atau dikurangkan. Kesan tindakan Mind Optima lebih cepat pada kanak-kanak dan remaja dimana tindakannya selari dengan perkembangan kapasiti otak mereka yang sedang meningkat. Reaksi permulaan bila mengambil Mind Optima berbeza antara individu. Bagi mereka yang banyak menggunakan fikiran atau kekurangan tidur, reaksi pertama mungkin ianya menimbulkan rasa mengantuk, penat atau buntu fikiran dan lain-lain. Ia petanda normal 5 garam tisu dalam Mind Optima sedang bertindak pada sel-sel otak dimana badan seseorang sedang mengamali peroses pembetulan dan penyembuhan semula mengikut hukum penyembuhan semulajadi 'Herring Law Of Cure". Gejala-gejala tadi akan hilang secara beransur biasanya dalam tempoh seminggu dan pengguna akan merasa lebih sihat dan cergas.
MEREKA YANG MEMERLUKAN MIND OPTIMA
Mind Optima sesuai digunakan untu semua orang terutama mereka yang telah mengalami kelemahan minda dan otak disebabkan oleh faktor-faktor yang telah dinyatakan dalam perenggan 2. Mind Optima baik digunakan dengan lebih kerap oleh mereka yang banyak menggunakan fikiran dalam aktviti seharian seperti para pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi, penghafaz Al-Quran, programmer komputer, penulis, penyelidik, para profesional seperti peguam, akauntan dan lain-lain. Mind Optima amat berguna untuk kanak-kanak terencat akal, kanak-kanak autisma, Down syndrome, kanak-kanak lembam dan dyslexia, penagih dadah dan alkohol, orang-orang tua yang mula lemah daya ingatan, bagi ibu-ibu mengandung supaya bayi lebih sihat dan pintar, mereka yang lemah ingatan selepas kemalangan, pembedahan, baru pulih dari penyakit yang serius dan lain-lain.
PESANAN DAN MENJADI AGEN
Untuk pertanyaan, pesanan atau menjadi agen sila hantar mesej melalui facebook, sms atau call 0163702240 atau email mystemcells@yahoo.com
Subscribe to:
Posts (Atom)